Thursday, July 30, 2009

Keropok Lekor Land

Here I come!..esok kena gi Ganu lagi la weh! Kuat jodoh saya dgn negeri ni hahaha..

Monday, July 13, 2009

Terengganu lagi..

Sampai lagi di Keropok Lekor land. Jumaat hingga Ahad lepas aku bertugas jadi urusetia kursus di sini...kali ni tak kemana sangat cuma ke Pasar Payang menemankan rakan dr Pejabat Negeri sopping batik.

Sebelum balik rakan, dr Sabah kempunan nak makan durian di depan pasar tu. Agaknya baru musim di Terengganu sebab kat belah sini dah abis dah (kampung aku le tu). Apa lagi kitaorg duduk la makan..tapi dua bijik aje, kongsi berempat. Dah umur gini masing tak larat nak makan banyak2. Gambor takde la..Cik Emmi bila nak upload gambar kt FB?

Dato' Dr Hj Fadzilah Kamsah

Minggu lepas aku berkesempatan untuk mendengar ceramah dr pakar motivasi tersohor ni di tempat kerja aku. Banyak le petua yang dia bagi. Kata beliau terdapat 17 cara untuk mencari titik perubahan (berubah jadi baik aje ye):-

  1. Ilham dr Tuhan
  2. Dapat ilmu baru
  3. Dpt Musibah - ada hadis yang maksub lebih kurang "setiap kebaikan dr Tuhan bermula dengan musibah"
  4. Kena tegur/ kritik
  5. Dimarahi
  6. Dinasihat/kaunseling
  7. Disindir
  8. Dicabar
  9. Dipermalukan/diperkecilkan - ini jgn buat kat org ye..tak baik
  10. Berlaku peristiwa penting - gi ceramah ke misalnya
  11. Dipulaukan/ dibiarkan
  12. Diransang/ dimotivasi
  13. Diberi peluang
  14. Belajar dr kesilapan sendiri dan kesilapan orang lain
  15. Mula kenal diri dengan mendalam
  16. Haji dan Umrah
  17. Bentuk budaya cemerlang
Banyak lagi petua lain..tapi aku share yang ini dulu la yea..bagi point yang no. 3, dapat musibah tu, mengikut kata beliau, Rasullah galak kita doa 3 perkara sekali gus:-

  1. Inalillahi wa rajiun (bukan utk org meninggal je ni..kalua dapat musibah atau dengar benda tak baik boleh doa ni)
  2. Doa pada Allah yang kita redha dengan segala ujianNya (yang musibah tadi le)
  3. Lps tu kita doa minta yang lebih baik setlah ditimpa musibah td.

Tuesday, July 7, 2009

Eeei Geramnyer...

Aku tak tau kalu org lain penah rasa macam yang aku rasa sekarang. Aku dah sampai tahap malas nak buat apa2 dah dengan manusia sorang ni. Nak marah pun tak kuasa (macam la aku reti nak marah orang sangat kehkeh), susah betul org yg tak faham bahasa ni...

Aku amik keputusan tak nak pedulikan manusia ni lagi dah....in direct. Buang karan betul..kalu org tua2 tu kata apa tu..haaa..ngabiskan boras (beras) je...sakit kepala aku mikir..baik aku fikir benda lain..ade gak faedahnye (fikir cemana nak kumpul duit gi melancong ke..fikir cemana nak improve diri jadi lebih baik ke)

Cabaran betul manusia yang sorang ni...cemana aku nak buat?....aku tak buat apa2 dulu le..tgk cemana.

Monday, June 29, 2009

MJ

Hmm..ari jumaat lepas aku drive gi keje. Selalu naik limosin panjang ada lebih kurang 40 tempat duduk, siap ada drebar lagi..kahkahkah. Tapi ari tu aku drive pasal malam nanti nak terus gi dinner opis. Pelik aku tetiba semua stesen mainkan lagu Micheal Jackson...selalunya kalu kes gini..jeng..jeng..jeng..betul dah meninggal rupanya. Tapi aku agak kesian kat dia. Dulu ada dengar yang dia dah masuk islam. Tapi tak tau la cemana status dia masa meninggal tu. Semalam aku tengok berita, jasad dia nak dibedah siasat sekali lagi...ish diaorg ni..apa lagi yang nak dibedah lagi sekali tah, kesian le jasad MJ tu.

Kalu betul dia seorang muslim, semoga roh dia dicucuri rahmat oleh Allah...pohon yang terbaik untuk dia la kan. Tapi yang aku menggeleng sikit tu bukan apa...orang dah pergi, baru sibuk nak ingat dia, pasang lagu, buat itu buat ini...takut roh dia tak berapa nak tenteram. Wallahualam.

Hari Ini

Rasa cam tak semangat jer..gaji dapat ari khamis tapi ari ni dah hampir habis diagihkan..hutang bermacam hutang dan macam2 lagi ler...Ish aku ni! patutnya aku kena redha le ye tak?..bukan mengeluh..yakin yang rezeki tu Allah dah tentukan.

So sebagai langkah menaikkan semangat atau membuat sedikit kelainan aku tukar la template blog ni. Nak tukar yang canggih belum la reti lagi, so pakai je la template yang tersedia ada.

Dan aku kena mintak cuti sehari dua kot, bagi rehat cukup2 lepas baru rasa semangat nak datang keje (cuti weekend tak cukup..haha). Kang kalu bos aku baca blog ni mesti dia taknak luluskan cuti aku. Mungkin sebenarnya aku tengah dok tempuh cabaran berpuasa hari ni..baru nak start puasa sempena bulan Rejab. Biasa tak ngantuk pepagi gini, tapi aku dah sepuluh kali nguap. Ish cabaran..cabaran.

Tuesday, June 23, 2009

Al-Ustaz Dato' Ismail Kamus

Pagi ni, opis aku mengundang Ustaz yang tersohor Ustaz Ismail Kamus. Alahai..bila tengok muka ustaz hati ni dah sejuk..bila dia bercakap lagi la sedap telinga mendengar. Bukanlah nak puji melangit tapi aku rasa seorang ustaz atau pendakwah atau pemberi motivasi kenalah ada ciri2 gitu...baru masuk ke hati.

Tajuk kali ni ialah "Menghadapi Mati dan Alam Barzakh". Topik yang aku rasa memang semua orang seram..tapi mesej yang disampaikan amat mendalam..dan banyak peringatan yang telah ustaz tekankan buat kami semua.

Diantara pesan ustaz, jika kita sayangkan diri amalan yang perlu kita buat selalu ialah: 1. rajin bertaubat/istighfar (yakin yg kita ni banyak dosa) 2. murakabah (merenung masa hadapan) 3. muhasabah

Lagi kata ustaz, "ramai orang yang sibuk pagi dan petang untuk sesuatu yang akan ditinggalkan, tetapi tidak ramai yang sibuk mencari sesuatu yang untuk dibawa". Yang tinggal tu benda2 kat dunia cam harta, orang, pangkat dll dan yang untuk dibawa tu amalan kita.

Banyak lagi naishat ustaz dan petua/amalan yang dia suggest...nanti kalau ada masa aku update lagi..nak masuk time kerja nih..

HERBA MAHARANI

Assalamualaikum (perkongsian kredit to http://nurulalia.com/herba-maharani-pengikat-hubungan-suami-isteri/ ) KakMar nak share dengan uol...