Monday, December 14, 2009

Saya nak kawin dengan sapa?


Tak tahan saya dengar soalan ni keluar dari mulut anak saya Muhammad yang baru 4 tahun lebih umurnya. Soalan nii timbul pertama kali dua hari lepas tak silap aku..masa tu kami anak beranak tengah menonton tv..adalah adegan persandingan..tiba Muhammad boleh tanya..

Muhd: Nanti dah besar, saya nak kawin sape? (dengan nada pelat)

Mama: Adala nanti...

Muhd: Dengan Kila? (sambil tersenyum malu)

Ayah: Taknak la dgn Kila (Ayah dia dah mengusik)

Muhd: Abis tu sapa? Ayu?

Mama: Ish, nanti Muhd dah besar..Muhd akan jumpa ramai kawan perempuan..nanti jumpa la..

Kila tu sepupu dia. Si Ayu tu pula budak yang mak mertua saya jaga kat rumah dia. Tapi Muhd mcm tak puas hati dengan jawapan saya..seolah-olah dia masih berfikir sendiri

Semalam dia bangkitkan semuala persoalan ni setelah melihat album kawin saya..masa tu saya temankan dia...dia baru lepas hisap susu..baru nak ambik feel nak tido..

Muhd: Saya kawin Mama la..

Mama: Ish, anak tak boleh kawin dengan mama dia..

Muhd: Abis nak kawin sapa? (Dengan muka yg serius)

saya dah tak tahan nak berderai..tapi tahan tu sebab masa tu dia serius jadi saya kena serius juga..heheh

Mama: Nanti Muhd dah besar, Muhd akan pergi sekolah, universiti, kerja..Muhd akan jumpa ramai kawan perempuan.....nanti bolehlah kawin..

Muhd angguk2 faham. Betul ke budak ni faham?

Muhd: Nanti Muhd nak beli kete..

Mama: Muhd kena belajar pandai2..dapat result best..keje best..lepas tu boleh beli kete..beli rumah ..kawin..

Muhd: Nanti rindu Mama..

Mama: Kalau rindu nanti balikla tgk Mama..

Muhd: ok..

Jauh pulak fikiran anak saya kali ni...ada ke saya lagi masa tu...wallahualam


2 comments:

Anonymous said...

wahh..ni ciri2 anak berwawasan..baru 4thn dh pkir nk beli kete, kawin..ish..ish..

adiratno said...

Future planer,

bagus

HERBA MAHARANI

Assalamualaikum (perkongsian kredit to http://nurulalia.com/herba-maharani-pengikat-hubungan-suami-isteri/ ) KakMar nak share dengan uol...