Last weekend was very enjoyable and fascinating for me. I had a chance to learn and drive 4 wheel drive off road. This course was meant for our drivers all around Malaysia and as secretariat (there were 5 of us), we were given opportunity to join the course.
Berkarat english sy, semalam baru dapat masuk kelas BI...dah 2 kali miss. Tapi apapun sy nak share pengalaman memandu 4x4 offroad...
First Day
Kami sampai di Ontok-Ontok Camp dalam 10.20pg. Camp ni terletak di Hulu Tamu, Batang Kali sebelah kolam air panas..Tempat ni agak cantik..tapi bilik penginapan terhad dan ada 2 dorm (pemilik camp akan upgrade phase by phase). Makanan dia sy bagi 5 bintang...sedap masakan kampung.
Memandangkan bos tak dapat datang urusetia pompuan diberi bilik yg special skit..ada kolam air panas dalam bilik air kami...pakcik owner tempat ni memang ada tanah berdekatan dan ada punca air panas disalurkan ke camp...soo relaxing dpt mandi air panas original dr dlm tanah ni..tak sama cam water heater kt umah tu.

ni dia Ontok-ontok camp..hujung kt depan tu ialah Restoran Cholo-cholo..
tempat kami menjamu selera. Boleh mancing kt kolam ni..takde charge
Lepas check-in, sesi breifing oleh pihak consultant iaitu En Din dr Ziqzul Corp dan Ketua Trainer Abg Man Dayak. Selepas sesi perkenalan dan ice breaking kami dijamu dengan masakan kampung ala minang..sodap hingga menjilat jari.
kelengkapan utk 4x4 offroad utk sesi teori
Antara 4x4 yg digunakan
Ju tgk praktik guna hi-lift jack
Lepas Zuhur, kelas teori..kami diajar apa itu hi-lift jack, snatch block, winch, d shackle...dan mcm2..sy tak ingat. Petang, kami ada latihan laluan di kon (alahhh yg jln cam bentuk S tu..tak ingat apa istilahnye) ke depan dan reverse...nampak cam payah, nak plak dgn yg 4x4 besar tu..tp dgn teknik yg betul..senang sebenarnya..cewahh

Abg Man Dayak tgh atur kon & gambar sebelah barisan urusetia
Malam, hujan gerimis, kami diberi peluang untuk membiasakan diri dengan teknik membawa offroad sebenar ditrek yg telah dikenalpasti dalam jarak 1.5km (ke depan dan patah balik)..siang td mmg dh hujan..sy, Ju. B. Man dan Sharol diamanahkan kepada En Habib...trainer kami sepanjang 3 hari utk mengajar kami. Nervous bagai nak rak sebenarnya bila sampai turn saya..tp buat cool ajer..nak jadi cerita half way perjlnan kami terpaksa patah balik sbb kete depan dh sebat jalan yg mulanya berlubang kecik dan besar kiri dan kanan jalan..En Habib kata confirm tak lepas..so kami reverse, dan kete yg dah lepas td tpaksa diguide dgn isyarat tgn dan walkie talkie oleh En Habib utk melepasi laluan berlubang td...what an experience...gelap gulita disuluhi lampu kenderaan dan lampu suluh jer..
Second Day
Pagi2 ada senamrobik (kelakar betul En Man jd instructor kt depan), selepas sarapan perjalanan kami akan bermula dengan menuju ke Pertak..berdekatan dengan empangan Hulu Selangor..disini kami diberi peluang mempraktikkan penggunaan winch, snacth block, d shackle....Kemudian kami mengadakan program kunjungan ke penempatan baru org asli berdekatan. Sumbangan utk kanak2 org asli diagihkan ke rumah yg telah dikenalpasti..cantik umah diaorg ni..aku rasa kalah umah felda heheh...

praktikal di Pertak umah org asli
Kemudian perjalanan kami diteruskan ke Kerling..kalu dr Pertak tu lebih 12km..next stop kami ialah di kolam air panas Kerling utk makan tengahari...tiba2 hujan lebat turun...trainer2 kami seronok sebab jalan akan jadi mencabar dengan becak dan berlumpur...istilah mereka 'geli-geli'.
Kete kami ni akan lead konvoi ke puncak dimana kami akan berkhemah dan minum petang di sana dan mandi manda. Bagi kete kami, expedesi dimulakan dengan Shahrol (setiap sorang akan diberi peluang utk bawa 3kmkemudian tukar) Dalam pada masa tu En Habib menerangkan apa yg teknik pemanduan yg betul mengikut situasi dan keadaan jalan. Shahrol siap kata tak lepas stereng sebab dh terasa seronok. Next turn, sy, perjalanan sy dimulakan dengan meredah sungai yg dlmnya paras lutut dan berbatu..huru hara org kt belakang rupanya, semua berpaut cam dilanda ombok ribut ...yelahh sy yg bwk tak rasa sgt....turun bukit naik bukit..lalu jalan yg licin..huish best betul..next turn Ju..then Ang Man. Masa turn Abg Man ni kami perlu menaiki bukit berlumpur dan yg curam...permulaan mendaki sgt baik tp masa hampir nak sampai puncaknya...kete tersekat..walaupun minyak ditekan tp tayar berpusing disitu je..sy dan lain2 kt belakang dh berpaut dan nervous gile...bila brek ditekan, kete mengelunsur sendiri ke belakang..En Habib instruct spy masuk gear reverse, tekan clucth dan lepas brek..tp aku rasa cam Abg Man pun panik jugak..aku pun fikir biasa bukan kita tekan brek ke dan takan la nak masuk gear reverse lg mengelungsur le jdnya...tp kemudian En Habib terangkan yg engine akan break ..ooooo..tulah 4x4 nye sistem ni lain sikit dr kete kita biasa.
Last2 semua decide utk ikut jalan alternatif (En Raub dan Black Jack lepas laluan td..salute la kt dorang)....dan akhirnya kami samapai jugak di tempat yg dituju..pasang khemah..pihak urusetia konsultant mula memasak utk minum petang..kalu nak tau urusetia dr pihak konsultan ni semua lelaki..tp terer buat jemput2 tepung selain tu ada goreng keledek & cempedak dan air teh o panas...dan ikan talapia goreng (ikan adalah hasil tangkapan dr mata kail urusetia di Ontok-ontok Camp)
ikan talapia yg tunggu turn nak digoreng

apa yg penting kerjasama...tgh prepare bahan utk minum petang

tu dia khemah utk kami berehat..kejap jer dh siap
Lepas maghrib kami bertolak balik..ikut perancangan awal peserta akan bergilir utk pandu kete turun sampai kaki tempat kami bermula tghari td, ttp atas sebab2 keselamatan, trainer masing yg akan memandu turun. Mmg agak mendebarkan...kete masing berlenggang mak limah masa lalu jalan yg licin krn tyr dh macam donut...dah la gelap (ada kete yg hampir terbalik). Kali ni kete kami adalah kete yg ke empat (kalau x silap la) dalam konvoi..Penggunaan radio VHF mbolehkan kami berhubung antara satu sama lain, memberi amaran apa yg berlaku dihadapan atau dibelakang ant satu sama lain...ruih betul kalau diantara ni trainer mengusik antara satu sama lain. Tp bila part cemas masing cemas dan fokus dgn info yg diberikan..
Kami selamat sampai ke Ontok-ontok Camp dan selepas membersihkan diri kami dijamu dgn BBQ dan acara karaoke...macm ada2 tapi x bleh nak makan byk sbb badan terasa penat dan ngantuk amat sgt. Ju, B. Sham dan B. Man dh pengsan...
Hari Ketiga...
Selepas sarapan acara rumusan dan penilaian drpd trainer dan konsultan...setiap trainer memberikan rumusan thdap program smlm...semuanya positif dan trainer kami En Habib kata kami okay dan bleh join sukan 4x4..yea!..kena la beli 4x4 satu lepas ni...
Lps acara berucap dan penyampaian sijil..then sesi bergambar..isk..isk..isk biasalah bila dh mesra dlm tempoh tiga hari cam ni, rasa sedih plak nak abih kursus ni..Selapas makan tghari kami bersurai...
Haaii...bila lagi nak bw 4x4....Terima kasih sy ucapkan pada barisan urusetia..Ju, B Sham, B Man dan Sharol..pihak konsultan En Din, En Man dan 3 org yg sy tak ingat namanya...ang2 trainer Abg Man Dayak, En Habib, Abg Raub, Haji Dahlan, Kerangga, En Lim, Black Jack, Manja, Akashah..dan sorang lg tak ingat la..
* sy amik masa 2 minggu nak siapkan entri ni..busy bangat
1 comment:
uuuu...jelez nyer..jelez nyer..
Post a Comment