Thursday, March 31, 2011

What A Lost

Today will be the last day for two of my colleague, Ijan and Nana. All the best for both of you at the new working place. All the joy we had together when defending ourself from being shot to nearly dead or badly injured here is priceless. Please do keep in touch.

My immediate boss also will be going soon... when is my turn?

Tuesday, March 29, 2011

harapkan pagar, pagar makan padi

Pengalaman lalu telah membuat aku sentiasa beringat. Di kala kita mempercayai dan bersangka baik dengan orang lain, orang itu telah mungkin dengan sengaja atau tidak sengaja telah mengkhianati kepercayaan atau sangkaan baik itu. Alangkah kecewanya kita pada masa tu..seterusnya membuatkan aku sangat berhati-hati untuk berkongsi rasa dan masalah dengan orang lain. Fenomena ini biasa terjadi tak kiralah samada dalam keluarga, antara rakan2, di pejabat dll, aku pasti orang lain pun mungkin pernah mengalami pengalaman ini..yelah manusia mana yang sempurna.

Dalam menongkah arus kehidupan di dunia ini, kita manusia takan sunyi dengan pelbagai dugaan sebagai tanda kasih sayang Pencipta terhadapa hambanya... dan kita ini juga kepadaNya.

Jadi kini aku lebih selesa mengadu dengan Dia Yang Maha Mengetahui, walaupun penemuan psikologi mengatakan bahawa perempuan mesti meluahkan 20 000 patah perkataan sehari. Aku mungkin tak perlu meluahkan segalanya dengan kata, kan ku luahkan dengan berdoa ataupun dengan coretan di blog ini atau di catatan harianku.

APA YANG ANDA KATAKAN TERHADAP DIRI SENDIRI JAUH LEBIH PENTING DARIPADA APA YANG ORANG LAIN KATAKAN TERHADAP ANDA. OLEH ITU, KATAKAN SESUATU YANG POSITIF KEPADA DIRI SELALU, ITU PETANDA ANDA TELAH BERSANGKA BAIK TERHADAP DIRI SENDIRI…

INGATLAH, BERSANGKA BAIK TERHADAP DIRI SENDIRI ADALAH MODAL UNTUK BERSANGKA BAIK KEPADA ORANG LAIN!

di petik daripada blog Genta-Rasa http://genta-rasa.com/2011/03/15/1326/#more-1326

Thursday, March 10, 2011

Doa Untuk Perubatan

Saya kongsikan doa-doa yang dipetik daripada Al-Quran. Doa-doa ni telah diedarkan kepada warga pejabat kami melalui seorang rakan daripada Dato' Dr. (Ust) Basharuddin bin Tok Guru Haji Panjang Ahmad dari Perubatan Islam Seiring Syariat. Tak keluarlah pula yang tulisan jawinya...kena cari sendiri la gamaknya. Kalau nak beritahu saya, nanti saya boleh emelkan..


DOA MATI KUMAN dari AL-Quran

Surah ke-2 Al-Baqarah ayat ke 37

37.

Kemudian Nabi Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimah (kata-kata pengakuan taubat yang diamalkannya), lalu Allah menerima taubatnya; sesungguhnya Allah, Dia lah yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani.

Surah ke-2 Al-Baqarah ayat ke 137

137.


Maka kalau mereka beriman sebagaimana kamu beriman (dengan Kitab-kitab Allah dan Rasul-rasulnya), maka sesungguhnya mereka telah beroleh petunjuk; dan jika mereka berpaling (serta tidak mahu beriman dengan sebenar-benar iman) maka sesungguhnya mereka akan tinggal berkekalan dalam perbalahan dan permusuhan (dengan kamu); oleh itu (janganlah engkau khuatir wahai Muhammad) kerana Allah akan memeliharamu (dan umatmu) dari kejahatan mereka; dan Dia lah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Surah ke-7 Al-A’raaf ayat ke 32

32.


Katakanlah (wahai Muhammad): "Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya, dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakanNya?" Katakanlah: "Semuanya itu ialah (nikmat-nikmat) untuk orang-orang yang beriman (dan juga yang tidak beriman) dalam kehidupan dunia; (nikmat-nikmat itu pula) hanya tertentu (bagi orang-orang yang beriman sahaja) pada hari kiamat". Demikianlah Kami jelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi orang-orang yang (mahu) mengetahui.

Surah ke-7 Al-A’raaf ayat ke 186

186.


Sesiapa yang disesatkan oleh Allah (kerana keingkarannya), maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat memberi petunjuk kepadanya; dan Allah membiarkan mereka meraba-raba (dengan bingung) dalam kesesatan mereka.

Surah ke17 Al-Israa’ ayat ke 82

82.


Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.

Surah ke17 Al-Israa’ ayat ke 85

85.


Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja".

Surah ke-64 At-Tagaabun ayat ke-3 dan ke 4

3.


Ia menciptakan langit dan bumi dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat, dan Ia menentukan bentuk rupa kamu serta memperelokkan rupa kamu; dan kepadaNyalah tempat kembali.

4.


Ia mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi; dan Ia mengetahui segala yang kamu rahsiakan serta yang kamu zahirkan; dan Allah sentiasa Mengetahui segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada;


Surah ke-3 Ali-Imran ayat ke 103 (untuk merapatkan hubungan kekeluargaan – gengam beras dan baca potongan permulaan ayat)

103.


Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.


Surah ke-7 Al-A’raaf ayat ke 189 – untuk mendapat keturunan yang baik

189.



Dia lah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang satu, dan Ia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri), untuk bersenang hati dan hidup mesra yang satu kepada yang lain. Ketika suami mencampuri isterinya, mengandunglah ia dengan kandungan yang ringan, serta teruslah ia dengan keadaan itu (ke suatu waktu). Kemudian ketika ia merasa berat (dan menaruh bimbang) berdoalah suami isteri itu kepada Tuhan mereka (dengan berkata):" Sesungguhnya jika Engkau (wahai Tuhan kami) mengurniakan kami nikmat yang baik, tentulah kami menjadi orang-orang yang bersyukur".


Surah ke-10 Yunus ayat ke 57 – untuk menyembuh sakit.

57.



Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.


Surah ke-20 Toha ayat ke 39 – bagi yang menjalankan aktiviti di sungai supaya selamat / dan juga bagi dikasihi (potongan ayat terakhir)

39.



"Letakkanlah anakmu di dalam peti, kemudian lepaskanlah peti itu ke laut, maka biarlah laut itu membawanya terdampar ke pantai, supaya dipungut oleh musuhKu dan musuhnya; dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu.

Gangguan

Takde gangguan apa sangat pun..sajer jer propa. Tadi semasa menggoogle apa tah tak ingat saya terjumpa satu laman sesawang yang sangat menarik (menarik bagi saya hehe, tapi tak tahulah pada org lain)

Sangat sesuai bagi penulis-penulis amatur macam saya (hohoho..ye lah tu). Dedolu ada jugak hasil cerpen2 pendek untuk koleksi syok sendiri ,cuma sempat dibaca oleh cousin saya je masa tu..skrg tak tau dah mana pergi. Tulis tangan tu beb..hehe. Zaman tu (zaman sekolah menengah daa..) takde komputer lagi, zaman saya komputer agak mahal.

Harapan saya selain drpd blog ni, kat sana saya nak asah bakat jd penulis..hohoho

Wish me luck! Bergantung kepada masa lapang dan idea juga rasanya ;)

Tuesday, March 8, 2011

MIL

Tengahari ni MIL akan menjalani pembedahan mata kerana ada selaput dimatanya. Moga MIL selamat menjalani pembedahan .. dan semoga cepat sembuh. Saya dan anak2 tak dapat pulang ke JB untuk menjenguk. Hubby je yg balik. Mungkin minggu depan lepas Kursus Induksi kami akan ke JB. Hanya doa dan harapan dari saya anak2 semua akan ok dan baik-baik aje..

MIL ditengah, diapit oleh FIL, SIL dan anak2 saya

Thursday, March 3, 2011

Apa Ni Woiii..

Dulu pernah terima emel versi omputih..skrg versi Melayu plak.. hati2 geng! mcm cara nak tipu org zaman skrg

-----Original Message-----
From: SITI NORAISHA [mailto:nora.siti@att.net]
Sent: Thursday, March 03, 2011 9:50 PM
To:
Subject: Assalamualaikum...

Assalamualaikum....

Terlebih dahulu saya ingin memperkenalkan diri. Nama saya SITI NORAISHA ,dan juga warganegara Malaysia.Saya berkerja di London, United Kingdom. Saya tahu tuan tentu terkejut menerima email dari orang yang tidak dikenali. Untuk pengetahuan tuan, saya ingin menawarkan usul perniagaan.Saya berharap tuan tidak menyalah ertikan maksud kedatangan email saya ini, lalu menyebarkan kepada umum kerana ia akan memberi impak yang besar pada kerjaya saya.

Saya bekerja di London ni da lama jugak dalam 5thn dan di sini saya bekerja sebagai secretary,dan sekarang company tempat saya bekerja ni memerlukan produk SAPHIRE WHITE STONE dimana mineral tersbut boleh didapati di Malaysia melalui pembekal dari seorng pompuan.Dan Produk ini digunakan untuk perhiasan barang kemas seperti rantai,cincin,gelang, dan banyak lagi.

Memandangkan encik jgk rakyat Malaysia, saya ingin menawarkan encik untuk menjadi ejen bagi pihak syarikat, semasa mereka datang untuk membelinya di malaysia. Untuk pengetahuan encik, syarikat kami memerlukan bekalan tersebut setiap sebulan dengan kuantiti yang ditetapkan dalam kontrak di antara syarikat dengan syarikat encik.

Di sini saya nak tanya, sama ada encik berminat untuk melakukan urusniaga ini? kerana saya ada nombor telefon ejen dari Malaysia tersebut.kalau boleh saya tak nak pembekal di Malaysia tersebut berhubung terus dengan syarikat kerana mereka mengaut keuntungan di pihak mereka sahaja. Harga yang dijual oleh pembekal ialah USD2,250 manakala syarikat akan membeli mineral tersebut dengan harga mengikut pasaran di sini(UK)ialah USD7,500 .

Dan di sini nanti saya akan bagi tau dgn CEO yang encik adalah pembekal produk SAPHIRE WHITE STONE dari Malaysia itupun dengan persetujuan dari encik.

Sekiranya encik berminat dengan usul ini dan ingin bertanya dengan lebih lanjut, saya diharap encik mengambil inisiatif untuk membalas e-mail kepada saya berdasarkan alamat di bawah atau sila berikan number untuk dihubungi dan saya akan terangkan melalui telefon:

Wassalam...

HERBA MAHARANI

Assalamualaikum (perkongsian kredit to http://nurulalia.com/herba-maharani-pengikat-hubungan-suami-isteri/ ) KakMar nak share dengan uol...