
24 dan 25hb September 2011 lepas, saya dan anak-anak sempat menyertai event Kelab Orang Hutan Malaysia (KOHM) di Hutan Rekreasi Batu Maloi. Ini kali kedua kami ke sini.
24 Sept 2011
Sampai-sampai je tengahari tu, dah ramai yang tiba dan makanan tengahari sedang disediakan secara bergotong royong. Makanan untuk sambutan hari raya di sebelah malam juga disediakan dalam pada masa yang sama - nasi impit, rendang, kuah kacang dan juga BBQ.
Bila difikirkan oleh orang biasa, sambutan hari raya dalam hutan? memang agak pelik. Tetapi bagi ahli-ahli KOHM ianya adalah satu thrill. Dorang ni bersahur pun sanggup kat atas bukit tau hahaha. Dan ada juga yang bawa lemang naik pucak gunung untuk sambut raya. Saya belum sampai tahap tu lagi.
Masak-memasak takdelah pakai portable stove tu. Kengkawan PERHILILITAN dah siap bawak peralatan memasak, dapus gas, khemah untuk kami semua. Jadi memasing bawak badan, pakaian dan sleeping bag je la, takpun bawa 'toto'. Anak2 adalah paling excited sebab nak tidur dalam khemah.
Sambil2 masak, ada juga yang tak melepaskan peluang berkayak di sungai. Saya sempat mengasah skill berkayak yang dah berkarat hehe. Anak saya yang sulung, Syifa, sangat excited bila dapat berkayak sendiri dengan Fiqa dari hulu ke hilir sungai. Terer juga dia, ikut mak dia la tu hehe.
Malamnya, sambutan raya agak meriah, walaupun orang lain semua berbaju raya - baju kurung dan baju melayu. Saya dengan tak segannya hanya berT-shirt dan seluar jeans je. Sorry guys hehe. Lain kali saya akan ikut dress code ye. Lepas sesi makan, sesi bagi duit raya untuk anak-anak ahli KOHM dan diikuti dengan sesi bergambar.
25 Sept 2011
Lepas breakfast, AGM KOHM dimulakan. Untuk pengetahuan semua, KOHM ni asalnya dibawah Kelab Keluarga PERHILILITAN Negeri Sembilan. Tetapi setelah berbincang KOHM mengambil keputusan untuk berdiri diatas kaki sendiri. Asal nama Kelab Orang Hutan Malaya telah dinasihatkan ditukarkan kpd Kelab Orang Hutan Malaysia dan didaftarkan ke ROS. Lepas ni harapan kelab, adalah lebih banyak aktiviti boleh dirancang dan melibatkan lebih ramai ahli daripada seluruh Malaysia. Saya ucapkan tahniah kepada orang kuat KOHM antaranya - Rusman, Garfu, Abg Enal, En Zainul, Cik Ninie, Cik Izan dan lain-lain (jangan marah ea, saya tak ingat nama) kerana merealisasikan perkara ini.
Selesai mesyuarat, aktiviti seterusnya adalah sangat dinanti-natikan oleh anak-anak saya juga. Walaupun pada awalnya saya lansung tak plan nak turut serta. Akhirnya saya dengan hanya berselipar Jepun, telah berjaya masuk dan keluar daripada meneroka Gua Batu Maloi dengan selamat. Seramai 30++ orang menyertai aktiviti ini termasuk 5 kanak-kanak. Walaupun ini adalah kali kedua saya dan anak2 masuk gua, tetapi cabaran meneroka gua ni tidak menjemukan, sentiasa rasa teruja dan berdebar dengan setiap laluan dan halangan yang ditempuhi. Yang bestnya dalam gua ni ada sungai dan air terjun. Mandi-manda sambil meneroka gua. Selain tu, ada cerita mengenai gua ini, tentang Maloi dan puteri, tempayan dan kapal yang ada di dalam gua ni.
Selesai aktiviti ini, masing-masing membersihkan diri dan bersiapkan untuk pulang. Apa yang pasti event kali ini sangat menarik dan saya dan anak-anak akan menyertainya lagi pada masa akan datang, Insyaallah.
3 comments:
macam best jee..nanti nak ikut! :p
uplod la gambar dlm gua..
NZMA - jom jom jp la ahli hehe. gambar nanti kena amik org lain punya sbb tak bw camera
gambar bleh tgk kat http://ohm-album.blogspot.com/
Post a Comment