
Untuk makluman semua, Jabatan Perangkaan Malaysia akan mengadakan Banci Penduduk dan Perumahan bermula 6 Julai 2010. Tempoh pembancian ini adalah selama 2 bulan (Julai-Ogos).
Banci ni penting sebab ia akan jadi rujukan utama bagi menentukan jumlah penduduk Malaysia dan unjuran penduduk Malaysia bagi tempoh 10 tahun akan datang. Selain dari tu, maklumat ni juga akan menentukan dasar kerajaan pada masa akan datang contohnya perancangan-perancangan dalam RMK 10 dan banyak lagi.
Pembancian akan dijalankan ke atas semua orang ditempat tinggal biasa mereka iaitu merujuk kepada mereka yang telah atau tinggal sebagai ahli biasa isi rumah bagi tempoh 6 bulan atau lebih dalam tahun 2010.
Ada tiga kaedah pembancian yang akan dilaksanakan:-
1. Temuramah
- Pembanci akan menemuramah penduduk di tempat kediaman masing-masing
2. Drop-off dan Pick-up (DOPU)
- Pembanci akan tinggalkan (drop-off) set borang soal selidik
- Penduduk isi sendiri maklumat berkenaan
- Pembanci akan kembali untuk mengambil semula (pick-up) set soal selidik
3. e-Census
- Diisi secara on-line melalui laman web www.statistics.gov.my
- kata laluan akan dibekalkan
- khusus kepada penduduk kawasan bandar sahaja
Untuk maklumat lanjut sila layari laman web www.statistics.gov.my !!
No comments:
Post a Comment